Sunday, July 13, 2008

Video "Tarik Upih"

http://www.youtube.com/watchv=akpKqsivvPg

Video "Tarik Upih"

Saya baru sahaja melungsuri video yang amat menarik. Saya mahu menyertai acara di dalam video itu kerana ia amat menarik sekali. Ia sangat bising dan saya rasa mereka sedang keseronokan. Ibu bapa mereka juga ada di sana untuk bersorak dan menggalakkan anak-anak mereka berjuang.

Orang yang duduk di atas daun kelapa harus memakai topi keledar supaya bila mereka jatuh mereka tidak hentak kepalanya ke bawah. Ia amat melucukan dan kelakar kerana ada pasangan telah terpaksa berhenti akibat daun kelapa senget.

Pada zaman dahulu, saya pasti mereka tidak harus memakai topi keledar kerana zaman dahulu tidak ada barang-barangnya untuk membuatnya.

Selamat menonton!!

Sembayang TAU!

Thursday, July 10, 2008

Permainan "Tarik Upih"

Hari ini saya akan berkongsi kepada semua pembaca pengalaman saya sewaktu saya kecil dahulu pada usia 12 tahun bermain permainan tradisi melayu.

Pada suatu hari, ibu saya menyuruh saya pergi ke pasar untuk membeli sayur dan daging. Saya sudah membelinya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terserempak dengan abang saya dan rakan-rakannya bermain 'Tarik upih' di jalan raya yang tersunyi. Saya terkejut kerana saya fikir daun kelapa yang mereka sedang bermain terkoyak dan terus rakan abang saya bangun dan terkejut kerana punggung panas. Saya pun teringat yang saya harus pulang rumah untuk memberi sayur dan daging kepada ibu saya.



Pada malam itu, saya berbincang bersama abang saya yang saya mahu pergi ke pantai bermain 'Tarik upih' bersama abang saya,rakan-rakandia dan rakan saya juga. Dia bersetuju bersama saya. Kita siapkan barang-barang yang perlu di bawa ke pantai. Kita menelefon rakan-rakan kami untuk pergi ke pantai.

Esoknya, kita sudah pun di pantai. Saya mencari daun kelapadan abang saya akan menariknya kerana dia yang paling kuat di situ. Kami merasa amat seronok. Kami berehat dan makan bersama. Bila kita kembali untuk bermain 'Tarik upih', kita terserempak ramai budak remaja bangsa-bangsa lain bermain 'Tarik upih'. Saya bercadang untuk berlumba bersama mereka. Mereka bersetuju.Abang saya menariknya kerana dia suku sangat menarik. Dan hanya 3 orang yang duduk di daun kelapa. Perlumbaan sudah bermula. Abang saya menarik dengan penuh semangat dan kekuatan. Kita menang!Kita bergembira!.Dan kita pun berterima kasih kepada mereka dan kita makan di 'KFC' bersama-sama.

Harap para pembaca akan menikmati alam blog saya ini!

Permainan Tradisi

Assalamualaikum rakan-rakan,guru dan pembaca. Nama saya Rodiyan Syah dari sekolah menengah Fuhua. Saya Berusia 15 tahun pada 25 oktober.

Saya akan menceritakan tentang permainnan tradisional yang saya pernah dimainkan. Begini ceritanya.

Saya sudah lama tidak bermain permainan tradisional melayu. Saya pernah bermain banyak permainan melayu iaitu congkak, batu seramban, guli, capteh, sepak takraw dan teng-teng. Semua permainan itu menarik dan seronok. Tetapi, yang saya paling gemari ialah sepak takraw kerana kita boleh bermain berpasangan atau berkumpulan. Kadangkala kita mencari pihak lawan dan kita sekumpulan akan berlawan bersama mereka. Kalau kita menang,ketua kumpulan kamu akan belanja nasi ayam. Saya bermain sepak takraw semenjak saya 11 tahun,Darjah 5.